Pernah tak anda mendengar atau terbaca mengenai jam tangan yang mempunyai fungsi waktu solat serta arah kiblat? Saya tak pernah tahu sehinggalah pada tahun 2017. Pertama kali saya melihat jam tangan solat ni masa tu ialah model Buruj Ramadhan. Design model jam azan dari Buruj Watches ni, simple sangat. 


Saya tak fikir banyak perkara masa tu. Bila tahu je kewujudan jam tangan islamik macam tu, saya teruja habis. Saya memang suka pakai jam tangan. Dan saya bukan jenis orang yang suka tukar jam tangan, once saya dah miliki seunit jam tangan untuk saya pakai seharian tidak kiralah apa event sekalipun jam tangan itulah akan menjadi peneman saya hinggalah jam tersebut tidak mampu dibaiki lagi. 


Selain tu, saya sukakan jam tangan digital. Analog saya kurang suka kerana kurang fungsi. Kebiasaannya, jam tangan digital ni dilengkapi dengan banyak fungsi yang kita boleh gunakan. Antaranya ialah alarm untuk kejut kita bangun solat subuh kan? Analog tak boleh buat bende ni. Setuju?


Ada lampu untuk lihat waktu pada waktu malam. Ada kalender. Macam-macam lah fungsi yang ada pada sebuah jam tangan digital berbanding sebuah jam tangan analog. Disebabkan saya ialah seorang yang mementing fungsi sesebuah jam, maka sebab itulah apabila saya terjumpa jam tangan dengan fungsi azan reminder dan arah kiblat saya terus order untuk diri saya dan suami.


PENTING. 


Penting sangat bagi diri saya untuk ada peringatan 5 kali sehari waktu solat. Arah kiblat penting bila mana kita selalu keluar berjalan, bercuti, masuk hutan ke atau nak semak adakah rumah kita ni arah kiblatnya betul? Pernah tak anda terfikir soalan ni? Eh, selama ni kita solat di rumah betul atau tidak arah kiblat kita? Tepat atau sedikit terpesong atau terus jauh tersasar dari landasan?


Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.

Riwayat al-Bukhari (6251), Muslim (397)


Syarat sah solat ialah solat menghadap kiblat dan hukumnya adalah WAJIB.


Dan jika kita sudah tahu kewujudan jam tangan kiblat ni maka satu kerugian apabila kita menutup mata walaupun kita rasa ala semua tempat ada dah tunjuk arah kiblat tau. Hotel ada arah kiblat, surau sah-sah ada penunjuk arah kiblat. Apa perlu dirisaukan? 


Eh, banyak kali tau saya solat di surau stesen minyak ni, penunjuk arah kiblatnya tiada. Mungkin pernah ada tapi tampalannya tak kuat agaknya, maka hilang dari radar. Saya kena pergi ke kaunter untuk bertanya, arah kiblat untuk solat di mana? Ada juga hotel yang tidak menyediakan arah kiblat, ada juga masa kita ikut aktiviti camping jadi nak solat arah mana? Inilah waktunya kita perlu ada sebuah alat yang membantu kita menunjukkan arah kiblat yang betul. 


jam kiblat


Alhamdulillah, jam Buruj Watches ni ada pelbagai model untuk anda pilih dan harganya sangat berpatutan. 


Jam buruj menyediakan 5 waktu solat dan waktu syuruk. Anda boleh setkan jam untuk berbunyi setiap kali masuknya waktu solat. Berbunyi ni bukan suara azan ya, tetapi bunyi beep, sama seperti bunyi alarm sebuah jam tangan. Ada yang khuatir jika suara azan, nanti masuk toilet dah bunyi azan bagaimana? Nak tutup pula bila tengah meeting bagaimana? Banyak jugalah soalan yang saya terima mengenai bagaimana caranya jam buruj watches ni mengingatkan kita bila masuknya waktu solat. Dan sebenarnyakan, anda boleh tutup fungsi bunyi reminder ni malah best lagi, anda boleh setkan berapa banyak beep anda nak jam azan solat anda remind diri anda seharian.


jam buruj azan solat digital


Paparan waktu solat anda akan jumpa di skrin. Jadi lihat sahaja jam tangan anda, anda akan tahu bila masuknya waktu solat. Tak risau tersalah waktu. Tak risau terbabas mengerjakan solat lagi. Insha Allah dengan adanya jam solat ni, anda boleh uruskan urusan seharian anda dengan lebih baik. 


Solat Sebagai Asas Disiplin Diri



Pernah dengar ungkapan ni? Mereka yang mengutamakan solat awal waktu ialah mereka yang berjaya. 


Ibadah solat melengkapkan diri manusia dengan semua sifat terpuji dan golongan yang mengerjakan solat akan mendapat petunjuk Allah serta beroleh kejayaan. Ini kerana dalam solat terdapat disiplin-disiplin tertentu yang menjamin kejayaan kepada sesiapa yang melaziminya.


“Sesungguhnya kemenangan bagi orang mukmin yang khusyuk di dalam solat.”(al-Mukminun: 1-2)


jam tangan solat dan arah kiblat

jam azan solat digital


Usah bimbang.


Jam tangan Buruj ni bukan hanya ada 2 fungsi islamik sahaja. Ada banyak lagi fungsi ciri-ciri islamik yang anda dapat dari sebuah jam tangan ni, dan PENTINGNYA untuk anda tahu, anda tidak perlukan data internet. Sebuah enjin dengan pengiraan solat taqweem ini telah dilengkapi di dalam sebuah jam tangan. Maju dah hidup kita semua untuk memiliki sebuah jam tangan yang sentiasa remind kita untuk mengerjakan ibadah solat pada awal waktu.


Fungsi Jam Tangan Waktu Solat dan Arah Kiblat dari Buruj Watch


- AUTOMATIK KIBLAT SEPANTAS 1.50 SAAT! ( ciri islamik ✅)

- WAKTU SOLAT ( ciri islamik ✅)

- TULIS NAMA MAKSIMA 7 HURUF (RARE!!)

-PENANDA AL QURAN ( ciri islamik ✅)

-KALENDAR HIJRAH DAN MASIHI ( ciri islamik ✅)

-3 BAHASA

-Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

-ALARM

-STOPWATCH

-MOON AGE

-AUTOMATIK KOMPASS

-DAYLIGHT SAVING TIME ( DST ) Untuk negara 4 musim sahaja! 

-TAQWEEM MALAYSIA dan Seluruh DUNIA ( ciri islamik ✅)

-WATER RESISTANCE ( 30 M)


Anda perasan sesuatu? Jam tangan ini bukan bersifat local sahaja tahu, anda boleh pergi ke seluruh dunia tanpa risaukan waktu solat di sana dan tentukan arah kiblat. Siap ada DST untuk negara 4 musim.


Anda boleh set pula, nama anda atau pasangan, atau nak tulis kata semangat untuk diri anda setiap hari pada jam tangan anda. Maksima 7 huruf boleh anda taipkan di paparan skrin dan lihat nama atau kata-kata semangat tu tanpa jemu.






Best ke best?


Jika anda tanya saya, saya selalu tulis nama saya atau kata-kata semangat. Seperti SABAR, TAWAKAL, ISLAM, kata-kata yang akan membentuk diri saya. Nama membuktikan anda pemiliknya. Nama pasangan pula memberi mencetus emosi berbaur cinta, rindu pada pasangan. Anda boleh setkan semua ini bila-bila masa dan usah risau mudah sahaja nak setting nama ni.


Alhamdulillah, sudah 4 tahun saya bersama Buruj family dan saya sangat suka sharing jam ini untuk anda semua.


Anak-anak saya ada satu, ibu bapa, suami. Semuanya saya hadiahkan jam tangan Buruj. Bagi saya tiada hadiah terbaik buat insan tersayang yang membawa diri mereka menjadi lebih dekat kepada Pencipta. Dengan adanya jam waktu solat ni, anak-anak saya sendiri pandai dah solat awal waktu. Mereka sendiri remind kami yang dewasa ni bila kami alpa seharian. Alhamdulillah. 


Jam tangan buruj saiznya tidak terlalu besar untuk dijadikan hadiah buat anak-anak, malah designnya juga sesuai buat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Didik anak untuk cakna kehidupan dengan ibadan solat adalah tanggungjawab kita semua.




Koleksi Jam Tangan Dari Buruj Watches



jam buruj watch



Jom kita miliki jam tangan Buruj hari ini. Kami sentiasa ada sales tahu. Harga berpatutan. Waranti jam setahun dan insha Allah kami sedaya upaya memberikan servis dan perkhidmatan terbaik buat anda semua.


Hubungi saya Emme (010-305 5679) untuk sebarang pertanyaan atau pembelian. Nak borong pun boleh.